Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MODIFIKASI MOTOR YANG SUPER UNIK & ANEH











 
























Kreatif betul mereka2 ini yee...Apapun hasil modifikasi motor unik di atas ini tetap memiliki nilai seni yang tersendiri yang berbeza dan sekaligus menghibur bagi mereka yang melihatnya.

MEMBELI HATI SUAMI










Emm...tengok tajuk membeli hati suami? Erkk...kenapa nak kena beli hati suami pula nie...bukan ker dia dah jadi suami kita..mengapa mesti nak jual beli pula nie???Sebetulnya bagaimana caranya nak pikat hati suami tu terus jek sayang kita...

Bagaimana caranya kita nak memikat hati suami agar terus menyayangi dan setia pada kita seorang..Apakah perlu gunakan cara yang bertentangan dengan agama untuk menundukkan suami yang dicintai? Jangan tak percaya, dalam dunia serba moden ini, masih ada orang yang mahu memperjudikan nasib diri terhadap perkara-perkara dilarang ini. Pergi jumpa bomoh sana-sini bagi mendapatkan 'ubat guna-guna' itu untuk membuatkan suaminya hanya mendengar arahan dia sahaja..sayang dia sahaja...

Sejauh mana kita dapat menentukan perkara-perkara khurafat itu mampu membeli kasih sayang seorang suami.Kasih seperti itu bagi saya pastinya tidak ikhlas..Bukan hanya pada yang memberikan kasih sayang, yang menerimanya juga tidak ikhlas kerana ia dibuat secara 'paksa'. Kenapa saya berkata begini, kerana saya sendiri telah pernah melalui situasi ini. Peritnya hanya Allah maha mengetahui...tapi bila kita redha dan sabar..banyak hikmah yang akan kita dapat..

Sebetulnya, membeli hati seorang suami adalah dengan hati juga.Ermm...macamana pula tu...Sekiranya kita mampu menundukkan hatinya dengan kasih sayang yang jujur, kebahagiaan itu bukan sahaja dapat kita kecapi didunia ini tetapi akan membawa terus ke akhirat kelak. So, pada wanita  yang bergelar isteri yang mencari ikhtiar lain dalam merebut kasih sayang suami, harus memikirkan semula adakah tindakan 'mengguna-gunakan' suami sebagai tindakan yang betul?

Ada pelbagai cara dan usaha boleh kita buat dalam memenagi hati suami sendiri tanpa berharap pada ilmu yang salah itu. Dalam kitab Allah terlalu banyak panduan telah diberikan untuk diamalkan oleh hamba-Nya. Rasulullah SAW sendiri mengajar kita bagaimana mahu memupuk kasih sayang bersama pasangan di alam rumah tangga.

Suami juga manusia biasa, ada segala kelebihan dan kelemahan. Menerima kelebihan dan kelemahan suami, akan membuatkan kita muhasabah diri sendiri, bahawa kita juga tidak sempurna sebagai seorang isteri. Jadi sebaik-baiknya kita saling bertolak ansur, tegur menegur dalam mengeratkan kasih sayang bersama pasangan.

Seorang suami pula jangan terlalu mengikut perasaan ego sehingga isteri tidak tertahan dengan tingkah laku anda. Rasa tertekan dan kecewa itulah kadangkala menjadi punca seorang isteri bertindak di luar kebiasaannya.Suami adalah pembimbing dan pelindung bagi seorang isteri. Dia akan ditanya di akhirat kelak, jika gagal melaksanakan tanggungjawab penting ini. Jangan belitkan isteri dengan derita sedangkan di hadapan tok kadi dulu berjanji untuk menjaga dan melindunginya.

Dalam rumahtangga, apa yang penting? Kerjasama...hehe..dah macam kartun wonderpet pula..masing-masing perlu menjaga hati..kerana kejayaan menjaga hati adalah punca penyelesai banyak masalah, baik di dunia mahupun akhirat.Semoga kita mendapat manfaat apa yang dikongsi dalam melayari kehidupan rumahtangga.




GONG XI FA CAI











GONG XI FA CAI TO ALL CHINESE MALAYSIAN FRIEND
ESPECIALLY TO MY BOSS MR.TAY & FAMILY..



MAY GOOD LUCK 
GOOD FORTUNE ALWAYS BE WITH YOU ALL!!









SAWAN DI KALANGAN KANAK-KANAK



Anak kita boleh menghidap sawan kerana ia satu perkara yang sering berlaku di kalangan kanak-kanak.
Adat hidup di dunia, ada senang, ada susah. Ada sihat, ada sakit.So, beringatlah kita semua 5 perkara sebelum 5...
 
Apakah Penyakit Demam Sawan?

Ia adalah serangan sawan yang dicetuskan oleh demam yang tinggi suhunya pada kanak-kanak berumur antara 6 bulan hingga 5 tahun.

Apa itu sawan?

Sawan adalah keadaan di mana kanak-kanak tidak sedarkan diri dan biasanya diikuti oleh kekejangan atau penyentakan kaki dan tangan.



Apakah yang perlu dilakukan jika anak anda mengalami sawan?

* Jangan panik atau menangis.

* Miringkan kepala anak anda ke kiri atau ke kanan dan pastikan kepala pada paras yang sama atau lebih rendah daripada badan untuk mengelakkan muntah.

* Catatkan masa dan tempoh berlakunya sawan.

* Jangan beri minum air atau ubat ketika anak sawan.

* Jangan sekali-kali  memaksa masukkan barang seperti jejari, kain atau sudu jika anak anda mengetap giginya.

* Jangan menumbuk atau mencederakan anak anda jika ia tidak sedarkan diri.

* Jangan menyelimuti anak anda dengan selimut yang tebal. Ini hanya akan menaikkan suhu badan anak anda

* Bawa anak anda ke klinik berhampiran jika sawan nya tidak berhenti.Biasanya  doktor akan masukkan rectal diazepam 5-10mg untuk mengelakkan nya daripada berulang atau sawan yang berpanjangan.

* Masuk ke wad sekiranya perlu.

Apakah Masalah Yang Akan Berlaku Kepada Anak Yang Demam Sawan?

Mengikut 2 kajian, mereka yang terkena demam sawan tidak akan mengalami masalah apa-apa dan akan membesar seperti kanak-kanak normal. Di dalam satu kajian di antara sawan demam biasa dan sawan demam kompleks, mereka yang mengalami sawan demam biasa dan sawan demam kompleks juga tidak menunjukkan apa-apa perbezaan di dalam pembelajaran.

Malah, ada satu kajian yang menyatakan mereka yang mengalami kes demam sawan mempunyai akedemik yang lebih cemerlang daripada kanak-kanak normal!!

Huhuh!! Boleh jadi kontroversi ayat nie..nanti ramai pulak ibu bapa kat Malaysia nie yang nak anak mereka sawan demam...hehe...

Semoga dapat manfaat ilmu daripada perkongsian nie.Sumber laman web Doktor dan Anda.
Ilmu yang sedikit dikongsi bersama semoga mendapat berkat...


TEKNIK "CAKAR HARIMAU" BUAT SUAMI



Bila sebut pasal "Cakar Harimau" nie, ramai la yang tersipu-sipu malu terutama sekali kaum wanita la. Sebab ape? Emm..Sebab diorang yang akan buat kat suami masing-masing (takkan kat suami orang plak ye tak?). Kalau si suami nak buat kat Isteri pun no problem...boleh jek...

Untuk yang belum kahwin tu, baca jek dulu eh nanti bila dah nikah boleh lah praktis masa malam pertama. Ok, kita mulakan kelas.



 Teknik Cakar Harimau
   
    1) Langkah pertama
 - Dalam urutan cakaran harimau ialah seseorang isteri perlu mengurut tengkuk suami mereka dengan    penuh kasih sayang memandangkan bahagian itu terdapat banyak urat tegang yang perlu diuraikan.

    2) Langkah kedua
    - mengurut pada bahagian bahu hingga ke lengan dan diikuti...

    3) Langkah ketiga
    - dengan membuat `jemput-jemput’ pada bahagian tulang belikat.

    4) Langkah keempat & 5) Langkah kelima
    - merupakan sentuhan yang cukup penting dan perlu kreatif dan ia dimulai dengan `cakaran harimau’ – menggunakan kuku yang telah dipotong bermula dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang.

    Cakaran itu hendaklah diselang-selikan dengan urutan labah-labah, bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk. Perlu diingat cakaran itu hendaklah berupa cakaran manja dan dilakukan dengan penuh kasih sayang,”.

    6) Langkah enam
    - Dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan dan kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan suami dari atas hingga ke pinggang.

    7) Langkah ketujuh    - sebenarnya merupakan satu `bonus’ tambahan di mana setelah diurut, suami berasa tenang dan seronok.

    8) Langkah 8
    - Selepas itu, bisikan kalimah sayang ke telinga suami seperti "I  LOVE  U"...dan bermanja lah dengan suami..eh..

 So,harap dapat lah manfaatkan ilmu daripada perkongsian nie ye..kalau yang dah kahwin tu, malam nie boleh lah apply eh..tak payah nak malu-malu dengan suami sendiri...
Time bahagia nie la nak buat. Nanti kalau dah gaduh gitu-gini, korang buat cakar harimau, memang kene cakar beruang pulak la dengan suami tu nanti...hehe...







 Sumber dari Utusan Malaysia





PETUA ISLAM UNTUK HATI RUNSING


 Assalamualaikum...





1. Apabila hati kerunsingan bacalah " La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin " 
(doa Nabi Yunus ) banyak kali.

2. Apabila ditimpa musibah ucapkan " Inna lillahi wainna ilaihi raji'un "


In Sha Allah.. Dengan mengamalkan doa-doa ini dalam kehidupan seharian, disamping amalan wajib lain hati anda akan tenang.dengan izin Allah jua..

PUCUK TENGGEK BURUNG UNTUK LELAKI

Assalamualaikum...

PUCUK TENGGEK BURUNG @ CABANG TIGA


1. Ia mampu menurunkan tekanan darah tinggi, menghilangkan lenguh-lenguh di badan dan melancarkan pengaliran darah.

2. Ia boleh melambatkan keluar mani lelaki.

3. Ia boleh menegangkan zakar dan menjadikan zakar lebih sensitif.

4. Ia juga menyegarkan badan yakni badan rasa ringan sedikit.

Selamat mengamalkan makan ulam nie ye..banyak manfaat nie..

Petua Memagar Rumah Secara Islam

Assalamualaikum...

Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan dan di khuatiri menjadi syirik di sisi Islam. Bagaimanapun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam.

CARANYA:

1.Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas).

2. Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas.

3. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah, mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam.


Amalkan selalu dan dengan izin Allah agar dapat di elakkan daripada perkara2 yang mendatangkan keburukan dan mengganggu kedamaian dan keharmonian kepada penghuni rumah..


Copyright© All Rights Reserved D'Zarrabizzshop.blogspot.com