Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOLAGEN RUMPAI LAUT ASLI DARI SEMPORNA SABAH


 Salam buat pengunjung yang sudi singgah di blog nie..Sekarang tengah hangat dengan produk ibu kolagen rumpai laut asli dari Sabah nie..yang berminat boleh tempah dengan saya harga yang 
SANGAT MURAH & BERPATUTAN!!!


PURE MARINE COLLAGEN EMAS (AA)
BERAT : 100gm
HARGA
RM20-Semenanjung
RM25-Sabah & Sarawak
(FREE POSTAGE)


PURE MARINE COLLAGEN PURPLE (AAA)
BERAT : 100gm
HARGA
RM25-Semenanjung
RM30-Sabah & Sarawak
(FREE POSTAGE)


UNTUK SEBARANG TEMPAHAN SILA
HUBUNGI  : 017-2128554 ( nur)



TAHUKAH ANDA?
Khasiat rumpai ungu ini adalah setanding dengan alga spirulinadan cendawan Ganoderma..memiliki khasiat seperti sayuran bayam,kobis,terung,anggur..persis dengan protin dan kolagen ikan merin, burung wlit dan soya.. Maka..setiap keperluan tubuh badan kita boleh dipenuhi oleh tumbuhan ini. Ajaib bukan...

* Warna cerah bermaksud kualiti dan jumlah gizi berada pada tahap sederhana serta tinggi kandungan air.

* Warna gelap seperti ungu memiliki potensi tinggi dalam dunia perubatan dan kosmetik. Melanin warnanya diselaputi sejumlah besar protin,vitamin dan zat galian yang amat tinggi serta kandungan air yang besar.

Memiliki kuasa anti penuaan dan antioksida tertinggi daripada semua jenis sayuran berwarna ungu lain..

KEISTIMEWAAN PURE MARINE COLLAGEN:

  • Nilai2 nutrisi kolagen ni 10x ganda lebih tinggi dari sirip ikan yu (satu mangkuk kecil RM 300) 
  • Khasiatnya sama dengan sarang burung layang2 (RM 400 hingga ribuan ringgit) 
  • 24% kolagen ni bersamaan 2 keping sarang burung layang2 
  • Kalsium 37 yang lebih tinggi daripada hati ikan PH bernilai 7.6  

KHASIAT PURE MARINE COLLAGEN :
  • Terkenal untuk kecantikan kulit dan ubat diet 100% semula jadi.
  • Melancarkan kitaran darah.
  • Mencantikan kulit agar lebih putih dan tegang.
  • Melambatkan penuaan dan melangsingkan badan.
  • Iodine yang terdapat di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goitre iaitu kelenjar thyroid membengkak.
  • Membantu menurunkan kolestrol dalam tubuh .
  • Membantu merawat gastrik.
  • Bertindak sebagai Antikulat dan Antibakteria.
  • Membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
  • Memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuh.
  • Membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah.
  • Membantu merawat penyakit gout.
  • Memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuh.
  • Menguatkan tulang dan sendi. 
  • Meningkatkan sel rawan dan otot. 
  • Merawat penyakit gaut. 
  • Mencegah kanser. 
  • Merawat Anemia.
  • Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh).
  • Melicin dan menegangkan kulit serta payu dara (anti penuaan).
  • Memulihara sel-sel kulit mati (jerawat).
  • Menpercepatkan penyembuhan luka. 
  • Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis). 
  • Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas. 
  • Memberi Kekenyangan (diet).
  • Melancarkan sistem metabolisme. 
  • Memulihara usus kecil (sembelit).   
 CARA PENYEDIAAN PURE MARINE COLLAGEN :
    
 
  • Basuh kolagen mentah, ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali.
  • Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh semalaman. 
  • Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali & toskan.
  • Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus.
  • Masak dengan api yang perlahan dalam 30-45 minit. Kacau sehingga hancur.
  • Boleh juga dicampurkan dengan gula batu atau ginseng * tp kalau nak buat masker jgn campur apa2 lah..
  • Biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan disimpan dalam peti ais, collagen ni tahan lama sebab ianya anti bakteria.  
CARA MEMBUAT MASKER PURE MARINE COLLAGEN :
(Pernah disiarkan dalam rancangan Nona di TV3 20 mei 2012)
  • Selepas cologen direbus, tapiskan terlebih dahulu. 
  • Sisa tapisan digunakan untuk membuat masker dan air untuk diminum.
  • Bersihkan muka terlebih dahulu. 
  • Cuci muka 2-3 kali supaya pori2 di muka terbuka luas. 
  • Sapukan pada muka dan leher (rasa sejuk & lembab). 
  • Tunggu hingga masker kering atau dalam 30 minit. 
  • Bersihkan muka. Anda akan rasa kulit lembab, gebu, cerah & tegang walaupun dengan pemakaian masker yang pertama kali.



CARA MAKAN PURE MARINE COLLAGEN :
  • Waktu terbaik ambil semasa perut kosong (selepas bangun tidur – sebelum sarapan & sebelum masuk tidur) 
  • Ambil 3 sudu besar (akan jadi seperti jelly),  - lebih elok dimakan begitu saja atau boleh juga dicampurkan dengan sunquick / jus buah.
  • Sebelum makan tu baca Bismillah & Selawat =) 
SIAPA YG BOLEH MAKAN PURE MARINE COLLAGEN  NI ?
  • Org yang nak cantik & sihat semestinya..hehe.. 
  • Ibu mengandung - kulit baby jadi cantik (untuk kandungan 4 bulan keatas shj)  
  • Ibu rasa bertenaga & tak mudah letih 
  • Ibu menyusu pun boleh juga. collagen ni tinggi mineral 
  • Kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas 
  • Wanita selepas bersalin tidak digalakkan makan rumpai laut hingga selepas 2 bulan bersalin, anda boleh consume semula.. 

So, pada yang berminat jangan lepaskan peluang ini untuk mencuba...Dapatkannya daripada saya sekarang...



Nasi Ambeng Ayam Panggang

Assalamualaikum...

Semalam (24-01-2013) sempena cuti Maulidur Rasul tahun nie..saya rehat2 je dirumah..sambil tengok tv perarakan Maulidur di tv1..Sempat gak berangan nak makan apa untuk tengah hari nanti.Rasa macam nak makan sesuatu yang berlainan daripada selalu.Menu makanan ala Jawa gitu...hehe..Emm..tapi saya tak lah pandai masak makanan ala Jawa nie...maka terpaksa lah meminta tolong dari baby sitter anak.
 
 
 
 
                       
 
 
 
 
Nie la rupa hidangan 
Nasi Ambeng yang dah siap.

Maka tengahari tu makcik pengasuh anak saya pun bertungkus lumus la untuk menyediakan hidangan Nasi Ambeng tadi dengan dibantu oleh saya..Nampak banyak kan..ummp..rasanya memang enak dengan lauk yang pelbagai...Ayam panggang, ayam berlado,tempe goreng,serunding,urap2..ummp..yummy...enak sekali. Kenyang betul makan..hehe..Dah selesai makan, rehat2 sambil tengok tv..Emm..perut dah kenyang,mata pula semakin layu..mengantuk la pula kerana kekenyangan...

Kewajipan Mencintai Rasulullah

 Assalamualaikum...

Esok adalah cuti umum bersempena Maulidur Rasul ...Salawat dan salam buat junjungan Nabi kita SAW Bagi umat Islam semua ini adalah hari untuk mengingati lahirnya junjungan besar Nabi Muhammad SAW kekasih Allah yang dikasihi...
Moga2 kita semua mendapat keberkatan dalam menyambutnya...


Allah SWT telah mengutuskan Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh-Nya untuk membimbing dan menyampaikan wahyu Ilahi kepada umat manusia. Antara ciri-ciri keistimewaan Rasulullah SAW berbanding nabi dan rasul terdahulu ialah Baginda diutuskan sebagai rahmat untuk sekalian alam.

Firman Allah SWT: “Tiada Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam (segenap makhluk, jin dan manusia).” (Surah al-Anbia, ayat 107)

"Sesiapa yang taat kepada Rasulullah SAW, maka sesungguhnya dia telah taat kepada Allah.” Surah al-Nisa’(ayat 80)


Rasulullah SAW bersabda: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara jika kamu berpegang teguh padanya, kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya; iaitu Kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya.” (Riwayat Imam Malik)

Sate Tulang? Emm..Enaknya!!






Sate tulang lebih besar, lebih sedap...

Bila sebut "sate tulang", mesti ramai yang tak dapat bayangkan  rupa sate nie...Erkk..macamana nak makan tulang nie? Mula-mula saya pun terfikirkan benda yang sama..macamana nak makan..huhu..blurr.sekejap. Para suami yang ader isteri tengah hamil tu..kalau mengidam nak makan sate tulang jangan terkejut lak...yee..huhu...
Untuk pengetahuan semua,sate tulang nie bukanlah tulang semata-mata.. Sate tulang nie diperbuat daripada lebihan ayam yang digunakan untuk wat sate ayam..So tulang nie lah yang digunakan diperap ngan rempah dicucuk di lidi sate, dibakar dan jadilah SATE TULANG YANG SEDAP!! Okey..belum try belum tau.. dah try nak selalu...huhu..pantun 2 kerat lak pulak...




gambar sate tulang yang siap dibakar...









Sate lebih besar daipada sate ayam biasa apatah lagi dimakan ketika masih panas berasap.Fuhh...
"Kesedapan sate tulang nie lebih terasa kerana isi ayam dan rempahnya sebati yang melekat di celah-celah tulang.Apatah lagi apabila dimakan bersama kuah kacang yang pekat dan manis rasanya." Emmm...kalau nak lebih puas menikmatinya gunakan tangan berbanding makan terus daripada lidinya.Makan jangan gelojoh ekk....pelan-pelan kunyah..huhu..tkut nanti ader pulak yang tercekik tulang..
Mesti ader yang tanya..mana ekk nak beli sate tulang nie? Emm...setakat yang saya tau lah..ader kat Seremban...satu di Jalan Pantai, Batu 3,Seremban dan satu lagi terletak di Taipan Senawang atau lebih dikenali sebagai Dataran Senawang di kalangan warga Seremban..





SATE AYANG PANTAI
Gerai sate nie terletak berdekatan Klinik 1 Malaysia Jalan Pantai dan Restoran Nur Amira, Jalan Jelebu, Seremban, Negeri Sembilan.

Dibuka setiap hari seawal jam 6 petang hingga 12 tengah malam kecuali pada hari Selasa,kerana gerai ini ditutup pada hari tersebut..Menu paling popular dan cepat habis yang dihidangkan bersama nasi impit dan kuah kacang kat sini ialah sate tulang, sate perut dan sate tongkeng...Hidangan tersebut pula dijual pada harga semurah RM0.60 untuk sate ayam, sate daging (RM0.70), sate tulang (RM1), sate tongkeng (RM1), sate perut (RM1), sate kambing (RM1), sate telur puyuh (RM1) dan sate daging rusa (RM1.50)..emm..macam-macam jenis sate ader kat gerai nie..


So...kengkawan semua, kalau nak rasa sate tulang..boleh lah jalan-jalan cari makan disana...






Cara buat Durian Crepe

Musim durian telah tiba lagi...macam2 cara orang nak menikmati durian nih.. Salah satu nya..Durian crepe...durian crepe... sedap ker? Popular mendadak cam k-pop lak..huhu....Emm..bagi yang suka makan durian tu..mesti nak cuba durian crepe buatan sendiri kan...meh kongsi resepi nie..







Bagaimana cara buat durian crepe nih?




BAHAN-BAHAN UNTUK KULIT (30 biji)

- 250gm tepung gandum
- 2 biji telur
- 500ml santan
- 1/2 sudu teh garam
- Pewarna (ikut suka..selalunya orang wat warna kuning telur @ hijau)

BAHAN-BAHAN UNTUK INTI

- 1 cawan Non Dairy Whipping Creme
- Isi durian yang telah dilenyek

CARA-CARA MEMBUAT DURIAN CREPE

* Campur semua bahan-bahan untuk membuat kulit Durian crepe ini,
   kemudian blender halus dan tapis.

* Panaskan kuali non-stik pan dengan api yang kecil. Tuang 1 senduk adunan tadi
   dan ratakan hingga menjadi crepe..tak perlu nak terbalikkan dan biarkan permukaan atas
   kering. Angkat dan biarkan sejuk.

* Pukul Non Dairy Whipping Creme sehingga sebati.
* Bentangkan sekeping crepe tadi dan letakkan whipping cream ditengah-tengah, lapis dengan
   isi durian, tutup semula dengan lapisan whipping cream..
* Akhir sekali lipat dan simpan di dalam peti sejuk... Bentuk dia macam picture diatas..
   Dah sedia untuk dimakan... Emm...yummy..yummmy...makan sambil tengok tv...

So kengkawan semua..boleh cuba yekk...



CNY Spring Cleaning Sale

CNY is coming!!!..Sana-sini ader sales....
Emm...dah nak hampir Chinese New Year nih..Korang sume pun mesti ader yang dah dapat bonus kan...
Tak kira la banyak bulan 1 bulan ker...yang penting masyukkk...Huhu...syok eh...leh enjoys shopping...kalau ader yang baik hati..leh ajak belanja makan..hehe...   Meh la..kongsi-kongsi citer kt mana korang selalu gi shopping ...maybe leh gi sana window-window shopping dulu...huhu...bahasa dah campur aduk da...

Tiga cara cantikkan kulit dengan yogurt - Yahoo!

Tiga cara cantikkan kulit dengan yogurt - Yahoo!
http://my.entertainment.yahoo.com/news/tiga-cara-cantikkan-kulit-dengan-yogurt--064603605.html
Selain melancarkan proses penghadaman, yogurt juga boleh dijadikan bahan penjagaan kulit yang dapat kita gunakan setiap hari.

Petua hilangkan bau durian-Kasih Zaraa

Hi semua...

Petua hilangkan bau durian

Sekarang nie kan tengah musim durian...lalu jek pasti akan nampak orang jual di pasar malam ker, di tepi-tepi jalan ker...Walaupun harga durian kat KL nie mahal..tapi kalu dah suka tu..mesti beli gak kan...hehe.
Banyak gak petua yang dapat bila `research' di internet nie...Jom kongsi sama-sama..
Ader beberapa kaedah untuk membuang bau-bauan nie..

* Kaedah Pertama

Letakkan semangkuk cuka di dalam kawasan yang berbau kurang enak(eg. kerta / bilik). Cuka akan bertindak menyerap bauan yang kurang enak tersebut.

* Kaedah Kedua

 Letakkan arang di kawasan yang berbau kurang enak. Arang akan menyrap kesemua bau-bauan tersebut.

* Kaedah  Ketiga

Letakkan semangkuk serbuk penaik(Baking Soda) di dalam kawasan yang berbau kurang enak (eg. kereta / bilik). Serbuk penaik akan menyerap bauan tersebut.

Sekiranya bauan tersebut melekat pada karpet,anda boleh menabur serbuk penaik tersebut di atas karpet anda.Biarkan serbuk penaik dalam masa 30 minit. Kemudian,anda bolehlah vakum serbuk penaik tersebut. Boleh gak digunakan untuk menghilangkan bauan dari kerusi kereta,tilam dan sofa..

* Kaedah Keempat

Letakkan beberapa keping roti sandwich di dalam kawasan yang berbau kurang enak ..Biar jek beberapa hari kat situ...Pasti bauan tersebut akan hilang di resap kedalam roti tersebut.

* Kaedah Kelima

Beli Febreze dan sembur jek la...Huhu..ini pun memang berkesan gak..


Sekian la sudah...semoga ader manfaatnya...



Apa azam baru anda?



Hai semua... Selamat Menyambut tahun baru 2013....



Emmm... dah 4 hari kan kita semua melalui tahun baru...ader semat azam baru tahun nie?
Boleh kongsi-kongsi di sini....
Copyright© All Rights Reserved D'Zarrabizzshop.blogspot.com