Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Niat Puasa Ramadhan




Alhamdulillah. Dah tinggal 3 hari saja lagi nak menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan. Jumaat petang diumumkan tengok anak bulan.

Pada yang dah lupa macam mana nak niat puasa ramadhan dan doa berbuka, saya kongsikan dibawah ni ye.


Niat puasa harian , sebulan dan doa berbuka:

 

Selamat menyambut bulan Ramadhan buat muslimin muslimat. Semoga kita semua diberkati Allah s.w.t.

Roti Telur Perancis Bermentega Kacang

Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.



 Abaikan bentuk yang kurang menarik


Alhamdulillah. Dah bermula cuti sekolah, pasti ada kalangan suri dah mengumpul pelbagai resepi untuk dimasak dan disajikan pada keluarga tercinta.

Entri kali ni saya nak kongsi resepi ringkas untuk sarapan pagi. Sesuai bagi suri rumah, suri bekerjaya yang super duper sibuk. Masa diambil untuk menyediakan sarapan ni tak sampai pun 10 minit. Sambil berkelek anak pun boleh buat.hihi.


Bahan-bahan

1)  2 biji telur

2)  Beberapa keping roti putih ( dipotong segitiga)

3)  2 sudu makan mentega kacang

4)  1 sudu makan susu segar

5)  Secubit Garam 

6)  Serbuk lada sulah

7)  Sedikit mentega

8)  Sedikit gula aising


Cara membuatnya:

1)  Pecahkan telur dan masukkan susu, garam dan serbuk lada sulah. Pukul telur   hingga sebati.

2)  Sapu mentega kacang pada lapisan roti lekapkan antara satu sama lain.

3)  Celup roti tadi ke dalam bancuhan telur dan biarkan seketika. 

4)  Letakkan sedikit mentega di dalam kuali non-stick sebelum roti yang sudah dicelup tadi dimasak.

5)  Pastikan roti tu masak sama rata kekuningan. Api jangan kuat takut hangus.

6)  Angkat dan sejukkan. Taburkan gula aising ke atas roti dan sedia untuk dihidangkan.


* Sesuai untuk hidangan sarapan pagi atau minum petang.
* Selain mentega kacang, jem buah-buahan pun sesuai digunakan.


Senangkan, tak sampai pun 5minit untuk sediakan hidangan ni.

 
 

Resepi mudah dan ringkas untuk sarapan pagi

Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.

ni sarapan pagi tadi


cili capsicum


Hari ni saya nak kongsi resepi ringkas untuk sarapan pagi. Ini yang sempat saya sediakan pagi tadi. Abaikan, bentuk yang kurang menarik tu ye.hehe.

Roti Bakar BersamaTelur 


Bahan-bahan;


Beberapa keping roti ( suka hati ye nak banyak mana)
Sebiji telur
Mentega
Cili Capsicum
Serbuk lada sulah
Secubit garam halus
Kuali


Cara membuatnya;

1. Panaskan kuali.

2
. Masukkan sedikit mentega untuk bakar roti tadi. Dah kekuningan angkat letak dalam pinggan.

3. Potong cili capsicum bentuk bulat.

4. Letakkan sedikit mentega dalam kuali panas.

5. Letak cili capsicum, pecahkan telur tadi ke dalamnya.

6. Taburkan sedikit serbuk lada sulah, garam.

7. Tunggu telur separuh masak.

8. Siap, sarapan pagi anda.

Nak lagi sedap?

* Roti boleh juga disapu kaya / mayonis / mentega kacang.hehe, lagi sedap nanti.

* Masa yang diambil? 5 minit sudah siap sedia dan boleh dimakan. yummy..yummmy..




Menjinakkan Hati Ikhlas Bersedekah




Bismillah.

Alhamdulillah. Cuaca petang yang redup dan mendamaikan.

Hari ni nak kongsikan entri tentang kebaikan bersedekah. Semoga apa yang dikongsikan memberi manfaat untuk diriku dan kalian yang singgah disini.

Percaya kepada janji Allah melapangkan rezeki kepada golongan pemurah.

Allah SWT berjanji kepada hamba-Nya yang bersedekah bahawa amalan itu tidak akan menyebabkan rezeki menjadi kurang, bahkan akan bertambah mengikut apa yang tertulis di Luh Mahfuz.
Pertambahan rezeki itu datang atau turun kepada kita dalam pelbagai bentuk dan cara. Samada kita sedari atau tidak mengikut ketetapan-Nya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: 
“Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya). Dan barang apa saja yang kamu menafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.” 
(Surah Saba’, ayat 39)   

Allah SWT berjanji menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai mengandungi 100 biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)

Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya). Dan barang apa saja yang kamu menafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.” (Surah Saba’, ayat 39)
 

 
Secara logik, pasti kita akan berfikir bagaimana harta yang kita keluarkan untuk sedekah tidak akan berkurangan. Selain itu, amalan bersedekah sebenarnya akan berfungsi sebagai penolong kepada manusia selepas mereka meninggal dunia seperti dinyatakan Rasulullah SAW.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Harta tidak akan berkurangan dengan sebab sedekah. Dan Allah tidak menambah kepada seseorang hamba dengan sebab kemaafan yang diberikan (kepada orang lain) melainkan kemuliaan kepadanya dan tiada merendah diri seseorang itu melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.”

Daripada Abu Hurairah, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Apabila seorang anak Adam mati, putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak soleh yang tidak putus berdoa untuknya.” (Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Lazimnya kita memiliki sifat pemurah dalam kehidupan hari ini dan mudah bersedekah atau memberi bantuan kepada golongan memerlukan.

Hanya yang menjadi isu soal sedekah ini ialah aspek keikhlasan dalam memberikan sedekah sama ada sedikit atau banyak selain bersikap memilih hendak melaksanakan amalan sunat yang amat digalakkan ini.

Hal ini sebenarnya memang tidak dapat dielakkan memandangkan al-Quran turut menjelaskan manusia mempunyai perasan cintakan harta seperti terkandung dalam ayat ke-20, surah Fajr yang bermaksud: “Dan kamu mencintai harta dengan kecintaan yang berlebihan.”

Justeru, bagaimanakah hendak menjinakkan hati supaya mudah bersedekah dengan ikhlas terutama ketika diri sendiri juga merasakan kurang berkemampuan untuk bersedekah ke jalan Allah SWT.

Petikan kata-kata daripada Pegawai Perunding Korporat Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Abdul Hadi Kamil Mohamed Sariff.

" Perkara ini sering terjadi disebabkan manusia  tidak dapat menyaksikan ganjaran pahala bakal diperoleh daripada amalan bersedekah yang menjadikan mereka tidak memiliki semangat untuk berlumba-lumba bersedekah."

“Jika manusia dapat melihat ganjaran bersedekah, sudah pasti mereka akan berlumba-lumba melakukannya. Cuba bayangkan jika hari ini kita melabur sebanyak RM1,000 dan tiba-tiba memperoleh keuntungan sehingga RM700,000, sudah tentu ramai orang mahu bersedekah,” katanya.

Jelasnya, manusia tidak terlepas daripada bisikan syaitan yang berusaha menghalang seseorang daripada bersedekah. Bisikan syaitan boleh datang dalam pelbagai cara, akhirnya mendorong manusia menangguhkan hasrat untuk bersedekah atau berkira-kira dalam bersedekah.

“Bisikan syaitan ini juga boleh menyebabkan seseorang manusia tiba-tiba menjadi kedekut untuk bersedekah atau bersedekah dengan jumlah kecil. Inilah antara dugaan yang akan dialami seseorang manusia apabila hatinya terdetik hendak melakukan amal kebajikan seperti bersedekah,” katanya.

Katanya lagi, seperkara yang kurang diketahui manusia hari ini mengenai kelebihan bersedekah, ia antara cara dianjurkan Islam untuk menyembuhkan penyakit yang menimpa seseorang berdasarkan hadis Rasulullah SAW: “Ubatilah orang yang sakit di antara kalian dengan sedekah.”

“Amalan sedekah ini nampak remeh tetapi ia mempunyai ganjaran berganda. Sebagai manusia beriman, kita harus sedar segala yang kita miliki adalah pinjaman dan hendaklah menafkahkan sebahagian daripada harta pinjaman ini kepada orang lain yang memerlukan,” katanya.

Jom jadikan amalan sedekah satu kelaziman dalam kehidupan seharian kita. 
Saya juga pernah melalui peristiwa yang cukup terkesan dalam diri dengan kelebihan bersedekah. Walaupun jumlah sedekah saya itu tidaklah sebesar mana, namun ganjaran sebaliknya yang saya dapat cukup berganda. Syukur kepada Allah SWT.

Sebagai peringatan kepada diri sendiri. Semoga perkongsian yang sedikit ini memberi manfaat kepada kita.

Cerita Di Sebalik Cuti 1 May 2014

Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.


Em, hari ni dah boleh bekerja dalam suasana yang lebih selesa. Aircond dah kembali sejuk. Alhamdulillah. Cuaca di luar pun redup saja, buat mata terasa mengantuk pula waktu tengahari ni. Hari ni tak ada mood nak keluar makan tengahari.

Jadi, sambil rehat tengahari ni jengah sekejap kat sini. Cuci-cuci sawang ke habuk ke, hihi. Nampak sangat kan jarang menulis kat sini.

Okey. Sebenarnya nak story mory  yang hari pekerja punya cuti hari tu. Aku dan family balik kampung di Baling, Kedah kerana anak saudara lelaki yang sulung berkahwin. Balik awal untuk elak jam. Kenduri hari Ahad 4 May 2014. Tak adalah menarik mana cerita yang nak dikongsi. Tapi yang paling best hari tu, aku dapat bertemu kembali dengan rakan sekolah menengah yang hampir 22 tahun terpisah. Cikgu yang jadi warden asrama aku pun dapat jumpa juga. Alhamdulillah. 

Ni lah penangan kemajuan telekomunikasi, dengan bantuan FB, WhatsApp,dapatlah kami menjejak kasih bertemu kembali. Sesungguhnya kenangan manis waktu persekolahan bersama kalian pasti  tak akan dapat ku lupakan. Untuk cikgu, jasamu akan kukenang ke akhir hayat.

Aikk, Cik Jah dah buat muka bosan je tu baca story mory ku yang ntah apa-apa ni ye. Meh, layan jelah gambar-gambar sekitar majlis kenduri tu.


Majlis Rumah Pengantin Perempuan  

 Hantaran kedua belah pihak

 Arif yang merajuk kerana terganggu tidurnya...

Candid  ntah apa-apa

Candid  ntah apa-apa

 Keluarga besar abang sulungku...



 Majlis Rumah Pengantin Lelaki


Pelamin bertema biru pihak lelaki

 Raja Sehari baru sampai

Pose sebelum majlis bermula

Sessi menjejak kasih dengan rakan sekolah


Cik Waty
 

 Cik Fidah

Dengan Cikgu Sobri 


Zahraa yang sibuk nak berposing juga

 
Emm, dah habis dah Cik Jah. Jangan bosan-bosan noo.

Dugaan Bersauna Di Pejabat

Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.

  

Alhamdulillah. Hari ni baru berkesempatan menjengah ke blog ku ini. Banyak tugasan yang perlu diselesaikan dalam minggu ni. Cabaran pula dengan suasana pejabat yang berpanasan sejak dari hari Isnin lagi. 

Aduh, betul-betul mencabar kesabaran ni. Hihi, aircond pejabat rosak maka terpaksa lah siapkan tugas dalam suasana seperti bersauna saja. Nasib hari ni bos dah panggil orang repair. Harap-harap cepatlah siap ye. 

Cuaca diluar pun redup, itu juga membantu mengurangkan rasa berbahang didalam pejabat. Nasib lah tak ada keluar bau yang pelik-pelik kan.

 


 

Epal Sesuai Untuk Wanita Sibuk


Bismillah. Alhamdulillah.
Kali ni saya nak kongsi kebaikan yang terdapat pada sebiji epal untuk kesihatan kita. Buah yang kaya dengan nutrisi dan sesuai dijadikan pelbagai sajian hidangan. 

Pasti kita semua kenalkan buah epal. Hatta kanak-kanak kecil pun suka makan buah epal yang rasanya manis. Saya sendiri suka makan epal yang dicampur bersama yogurt segar sebagai dessert.

Kenapa epal sesuai bagi kita golongan wanita yang sibuk?

Kesibukan kita sebagai suri bekerjaya yang perlu mengimbangi keperluan antara keluarga dan kerjaya, menjadikan kita lebih menggemari makanan segera sebagai hidangan di rumah. Ini kerana kita kesuntukan masa menyediakan masakan sendiri. Em, pasti kita semua pernah melalui situasi begini kan.

Kekerapan kita mengambil makanan segera sebenarnya tidak bagus untuk kesihatan diri kerana secara tidak langsung kita mengabaikan nutrisi penting untuk kesejahteraan diri dan seisi keluarga. Keadaan ini perlu diubah kerana pakar mendapati, kebanyakan penyakit dikatakan berpunca daripada amalan pemakanan dan pengabaian gaya hidup sihat.

Pakar perunding pemakanan, Indra Balaratnam, berkata peredaran zaman menjadikan masyarakat kurang peka terhadap pengambilan makanan berkhasiat disebabkan kesibukan yang terlalu sibuk.

Indra menyarankan, untuk menjadi sihat dan mendapatkan nutrisi penuh, kita hanya perlu memakan epal setiap hari kerana ia buah yang kaya antioksidan dan hidangannya boleh dipelbagaikan.

“Epal sesuai untuk wanita yang sentiasa sibuk kerana keseimbangan nutrisi yang terkandung dalam buah ini. Ini kerana epal boleh dimakan begitu saja selain boleh dicampur dengan buah-buahan lain atau dijadikan pai,” katanya ketika berkongsi khasiat epal bertemakan, ‘Apple of My Eye’, anjuran Suruhanjaya Epal Washington di Hotel Aloff di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tegas Indra, nutrisi sihat yang ada pada epal akan memberi kesan positif kepada kesihatan dan kesejahteraan diri, di samping kandungan antioksidan semula jadi yang mampu memberikan awet muda, ceria cantik serta mengurangkan risiko penyakit berkaitan usus dan jantung.


Jadi kepada wanita yang ingin awet muda, ceria cantik dan yang penting mengurangkan risiko penyakit berkaitan usus dan jantung, ayuh kita ubah gaya hidup ke arah lebih sihat mulai hari ini. Jadikan epal sebagai  buahan wajib yang perlu ada dalam peti sejuk dirumah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita. Ilmu yang baik sebar-sebarkan.
Sampai jumpa lagi.


Kita Apa Yang Kita Fikirkan

 Gambar: Foto Google

Bismillah. Alhamdulillah.
Apa yang kalian akan buat setiap kali bangun dari tidur? Mandi? update facebook? atau hisap rokok? Pasti setiap dari kita pasti mempunyai aturcara hidup yang tersendiri dalam memulakan hari setiap hari.

Mengikut ajaran Islam, kita diajarkan doa apabila bangun dari tidur. Atau setidaknya ucapkanlah Alhamdulillah, kita panjatkan syukur kepada Allah kerana masih meminjamkan kita nyawa untuk sekian hari lagi.

Kita adalah apa yang kita fikirkan. Maka seharusnya kita berdoa yang baik-baik. Contohnya “ya Allah aku bersyukur kerana dipinjamkan sehari lagi nyawa diriku dan keluargaku semuga hari ini adalah hari terbaik barbanding semalam, dipermudahkan urusan dunia dan akhirat sebagaimana Kau permudahkan urusan para Rasul, Nabi dan Ambia. Seandainya Kau matikan kami maka matikanlah kami dalam Islam dengan kalimah Allah.”

Begitu juga buat para ibu yang sedang mengandung, waktu hamil adalah waktu yang terbaik untuk kita memohon dari Allah agar anak yang bakal lahir itu menjadi insan yang baik memberi kebaikan dunia dan akhirat.

Maka sebenarnya apa juga yang berlaku dalam kehidupan seharian adalah apa yang kita fikirkan dan doakan setiap hari kepada Allah SWT. Semoga sedikit panduan hidup ini dapat kita amalkan selagi ada nyawa dan keluarga, anak, cucu, cicit dan keturunan kita juga amalkan demi kejayaan dunia dan akhirat.

Semoga dengan perkongsian yang sedikit ini memberi manfaat untuk kita semua.
Sampai jumpa lagi.

Cerita Hari Ini

Assalamualaikum w.b.t



Alhamdulillah. Hari yang cerah dan terang hari ni. Ada yang masih lepak-lepak minum kopi panas sambil cuci mata tengok orang lalu lalang ke. Cik Jah pulak jangan lah dok bergosip-gosip je ye tepi tingkap tu, nanti sampai terlupa nak siapkan kerja rumah tu. Dah nak menginjak tengahari dah ni.

Pejam celik, pejam celik jangan sampai pejam tak celik-celik ye,hihi itu dah jadi lain. Dah pun nak sampai bulan Mei dah. Apasal dengan bulan Mei, apa yang istimewa pula bulan Mei ni? Pasti ada yang akan sambut anak baru, menantu baru, cucu baru, mama baru, suami baru. Opps, macam-macam lah ye yang baru. Saya pula nak dapat anak sedara baru.

Bulan Mei ni ada 2 perkara istimewa bagi kita untuk ditanda di kalender. Iaitu sambutan Hari Ibu dan Hari Pekerja. Pasti ada yang sedari awal lagi sudah membuat perancangan untuk sambutan, samada hari pekerja atau hari ibu.

Bagi saya Hari Ibu adalah hari istimewa untuk kita meraikan ibu yang selama ini bersusah payah menjaga,mendidik kita. Bagi yang berkemampuan pasti akan memberi pelbagai bentuk hadiah yang mahal untuk menyatakan rasa terima kasih kepada ibu kita. 

Bagi saya sendiri yang tinggal berjauhan dari mak, akan menghantar hadiah secara pos serta menelefon mak dan mengucapkan rasa sayang padanya. Bukan lah hari-hari lain tak sayang, akan tetapi ucapan pada hari itu pasti lah lebih istimewa sikit ye. Untuk saya sendiri sebagai ibu, setiap tahun pasti ada kad ucapan yang dihasilkan sendiri oleh anak-anak untuk saya. Itu sudah cukup membuatkan saya rasa terharu atas ingatan dan usaha mereka. Untuk mak mertua pula, kami berkongsi adik beradik membelikan kek dan hadiah untuknya.

Apapun cara kita, hargailah ibu kita selagi dia masih ada. Dan jika sudah tiada, panjatkan lah doa pada Allah agar roh mereka tenang dan aman disana.

Sampai jumpa lagi.

Selamat Kembali


Assalamualaikum w.b.t






Bismillah. Alhamdulillah, dapat bertemu lagi disini. Rasanya dah lama blog ku ini terbiar bersawang-sawang. Maafkan saya ye, pada yang bertandang ke sini tapi tiada pengisian baru. Dah macam rumah usang yang ditinggal tidak berwaris la pulak.

Harap-harap kalian masih sudi singgah di teratak kesayanganku ini walaupun isinya masih sama. Jangan merajuk tau, nanti cepat nampak kedutan di wajah. Senyum-senyum selalu untuk awet muda. Em, tengok tu cik Jah kan bagus dah senyum macam tu.

Hari dah hampir jam 5.15 petang, dah nak hampir tamat waktu pejabat. Hujan pula diluar sana. Harap-harap jalan raya nanti janganlah jam. Jalan raya di negeri Selangor ni, kalau ada je hujan sikit, kemalangan sikit, orang buat jalan ke aduh mau jam nya berkilometer panjang.

Hihi, saya tak mahu lah bebel panjang-panjang, nanti bosan je Cik Jah nak baca ye. Disini ada pesanan kepada sesiapa yang memandu sendiri tu, tak kiralah apa jenis kenderaan pun ye. Utamakan keselamatan diri kita ye, ingatlah orang yang tersayang. Pandulah dengan berhati-hati.

Sampai jumpa lagi.

Cita-citaku

Teks: Zaraa
Foto: Sumber dari google



Pejam celik pejam celik sudah hampir penghujung bulan February rupanya. Lama juga rasanya tidak mengemaskini blog kesayangan ni. Sibuk dengan tugasan di pejabat dan bila balik ke rumah perlu melayan anak-anak kecil yang seharian ditinggalkan. Sampai saja dirumah perlu melayan karenah anak-anak yang tidak mengerti kepenatan yang dialami ibunya. Maka perlu juga melayan mereka walau badan rasa sedikit kelelahan kerana seharian dipejabat dan memandu di jalanraya.

Masih dalam perancangan untuk bekerja dari rumah, iaitu menjadi surirumah sepenuh masa dalam masa yang sama menjana wang dari rumah. Ini kerana belum ada kekuatan dan persediaan belum mencukupi. Akan tetapi Inshaallah suatu hari niat itu pasti akan ku tunaikan. Ingin sekali melihat zuriat sendiri membesar di depan mata, yang mana saat-saat itu pastinya tidak akan berulang lagi. Aku berharap cita-citaku ini dapat dicapai sekiranya mempunyai persediaan yang rapi dan sumber tabung yang kukuh.

Sudah penat berebut-rebut pagi hari di atas jalanraya. Itulah yang menjadi impian dan anganan ku, bekerja dari rumah sambil mendidik dan melayan anak-anak. `Ya Allah permudahkan urusanku,jangan Kau sulitkan' Aminn.


Jom..Selawat

Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil











Pinjam 1 minit, baca ayat ni

"Hasbi Rabbi Jalallah..
Maafi Qalbi Ghairullah..
Nur Muhammad Salallah..
Laa ilaa ha ilallah 3x
Muhammadur Rasullullah"

sebarkan kepada kawan & saudara mara.. Awak Akan Membuat Beribu , Malah Berjuta-Juta Org Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W


 Jommm...amalkan

JOM...regangkan Muscle

Hai semua..

Happy New Year!

Mari sama-sama pagi nie kita regangkan muscle dan segala urat yang ada moga bertambah baik untuk melaksanakan tugasan harian...JOM...

Music please...1,2,3....


Assalamualaikum w.b.t



Jomm...mulakan..
Copyright© All Rights Reserved D'Zarrabizzshop.blogspot.com