Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Epal Sesuai Untuk Wanita Sibuk


Bismillah. Alhamdulillah.
Kali ni saya nak kongsi kebaikan yang terdapat pada sebiji epal untuk kesihatan kita. Buah yang kaya dengan nutrisi dan sesuai dijadikan pelbagai sajian hidangan. 

Pasti kita semua kenalkan buah epal. Hatta kanak-kanak kecil pun suka makan buah epal yang rasanya manis. Saya sendiri suka makan epal yang dicampur bersama yogurt segar sebagai dessert.

Kenapa epal sesuai bagi kita golongan wanita yang sibuk?

Kesibukan kita sebagai suri bekerjaya yang perlu mengimbangi keperluan antara keluarga dan kerjaya, menjadikan kita lebih menggemari makanan segera sebagai hidangan di rumah. Ini kerana kita kesuntukan masa menyediakan masakan sendiri. Em, pasti kita semua pernah melalui situasi begini kan.

Kekerapan kita mengambil makanan segera sebenarnya tidak bagus untuk kesihatan diri kerana secara tidak langsung kita mengabaikan nutrisi penting untuk kesejahteraan diri dan seisi keluarga. Keadaan ini perlu diubah kerana pakar mendapati, kebanyakan penyakit dikatakan berpunca daripada amalan pemakanan dan pengabaian gaya hidup sihat.

Pakar perunding pemakanan, Indra Balaratnam, berkata peredaran zaman menjadikan masyarakat kurang peka terhadap pengambilan makanan berkhasiat disebabkan kesibukan yang terlalu sibuk.

Indra menyarankan, untuk menjadi sihat dan mendapatkan nutrisi penuh, kita hanya perlu memakan epal setiap hari kerana ia buah yang kaya antioksidan dan hidangannya boleh dipelbagaikan.

“Epal sesuai untuk wanita yang sentiasa sibuk kerana keseimbangan nutrisi yang terkandung dalam buah ini. Ini kerana epal boleh dimakan begitu saja selain boleh dicampur dengan buah-buahan lain atau dijadikan pai,” katanya ketika berkongsi khasiat epal bertemakan, ‘Apple of My Eye’, anjuran Suruhanjaya Epal Washington di Hotel Aloff di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tegas Indra, nutrisi sihat yang ada pada epal akan memberi kesan positif kepada kesihatan dan kesejahteraan diri, di samping kandungan antioksidan semula jadi yang mampu memberikan awet muda, ceria cantik serta mengurangkan risiko penyakit berkaitan usus dan jantung.


Jadi kepada wanita yang ingin awet muda, ceria cantik dan yang penting mengurangkan risiko penyakit berkaitan usus dan jantung, ayuh kita ubah gaya hidup ke arah lebih sihat mulai hari ini. Jadikan epal sebagai  buahan wajib yang perlu ada dalam peti sejuk dirumah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita. Ilmu yang baik sebar-sebarkan.
Sampai jumpa lagi.


Kita Apa Yang Kita Fikirkan

 Gambar: Foto Google

Bismillah. Alhamdulillah.
Apa yang kalian akan buat setiap kali bangun dari tidur? Mandi? update facebook? atau hisap rokok? Pasti setiap dari kita pasti mempunyai aturcara hidup yang tersendiri dalam memulakan hari setiap hari.

Mengikut ajaran Islam, kita diajarkan doa apabila bangun dari tidur. Atau setidaknya ucapkanlah Alhamdulillah, kita panjatkan syukur kepada Allah kerana masih meminjamkan kita nyawa untuk sekian hari lagi.

Kita adalah apa yang kita fikirkan. Maka seharusnya kita berdoa yang baik-baik. Contohnya “ya Allah aku bersyukur kerana dipinjamkan sehari lagi nyawa diriku dan keluargaku semuga hari ini adalah hari terbaik barbanding semalam, dipermudahkan urusan dunia dan akhirat sebagaimana Kau permudahkan urusan para Rasul, Nabi dan Ambia. Seandainya Kau matikan kami maka matikanlah kami dalam Islam dengan kalimah Allah.”

Begitu juga buat para ibu yang sedang mengandung, waktu hamil adalah waktu yang terbaik untuk kita memohon dari Allah agar anak yang bakal lahir itu menjadi insan yang baik memberi kebaikan dunia dan akhirat.

Maka sebenarnya apa juga yang berlaku dalam kehidupan seharian adalah apa yang kita fikirkan dan doakan setiap hari kepada Allah SWT. Semoga sedikit panduan hidup ini dapat kita amalkan selagi ada nyawa dan keluarga, anak, cucu, cicit dan keturunan kita juga amalkan demi kejayaan dunia dan akhirat.

Semoga dengan perkongsian yang sedikit ini memberi manfaat untuk kita semua.
Sampai jumpa lagi.

Cerita Hari Ini

Assalamualaikum w.b.t



Alhamdulillah. Hari yang cerah dan terang hari ni. Ada yang masih lepak-lepak minum kopi panas sambil cuci mata tengok orang lalu lalang ke. Cik Jah pulak jangan lah dok bergosip-gosip je ye tepi tingkap tu, nanti sampai terlupa nak siapkan kerja rumah tu. Dah nak menginjak tengahari dah ni.

Pejam celik, pejam celik jangan sampai pejam tak celik-celik ye,hihi itu dah jadi lain. Dah pun nak sampai bulan Mei dah. Apasal dengan bulan Mei, apa yang istimewa pula bulan Mei ni? Pasti ada yang akan sambut anak baru, menantu baru, cucu baru, mama baru, suami baru. Opps, macam-macam lah ye yang baru. Saya pula nak dapat anak sedara baru.

Bulan Mei ni ada 2 perkara istimewa bagi kita untuk ditanda di kalender. Iaitu sambutan Hari Ibu dan Hari Pekerja. Pasti ada yang sedari awal lagi sudah membuat perancangan untuk sambutan, samada hari pekerja atau hari ibu.

Bagi saya Hari Ibu adalah hari istimewa untuk kita meraikan ibu yang selama ini bersusah payah menjaga,mendidik kita. Bagi yang berkemampuan pasti akan memberi pelbagai bentuk hadiah yang mahal untuk menyatakan rasa terima kasih kepada ibu kita. 

Bagi saya sendiri yang tinggal berjauhan dari mak, akan menghantar hadiah secara pos serta menelefon mak dan mengucapkan rasa sayang padanya. Bukan lah hari-hari lain tak sayang, akan tetapi ucapan pada hari itu pasti lah lebih istimewa sikit ye. Untuk saya sendiri sebagai ibu, setiap tahun pasti ada kad ucapan yang dihasilkan sendiri oleh anak-anak untuk saya. Itu sudah cukup membuatkan saya rasa terharu atas ingatan dan usaha mereka. Untuk mak mertua pula, kami berkongsi adik beradik membelikan kek dan hadiah untuknya.

Apapun cara kita, hargailah ibu kita selagi dia masih ada. Dan jika sudah tiada, panjatkan lah doa pada Allah agar roh mereka tenang dan aman disana.

Sampai jumpa lagi.

Selamat Kembali


Assalamualaikum w.b.t






Bismillah. Alhamdulillah, dapat bertemu lagi disini. Rasanya dah lama blog ku ini terbiar bersawang-sawang. Maafkan saya ye, pada yang bertandang ke sini tapi tiada pengisian baru. Dah macam rumah usang yang ditinggal tidak berwaris la pulak.

Harap-harap kalian masih sudi singgah di teratak kesayanganku ini walaupun isinya masih sama. Jangan merajuk tau, nanti cepat nampak kedutan di wajah. Senyum-senyum selalu untuk awet muda. Em, tengok tu cik Jah kan bagus dah senyum macam tu.

Hari dah hampir jam 5.15 petang, dah nak hampir tamat waktu pejabat. Hujan pula diluar sana. Harap-harap jalan raya nanti janganlah jam. Jalan raya di negeri Selangor ni, kalau ada je hujan sikit, kemalangan sikit, orang buat jalan ke aduh mau jam nya berkilometer panjang.

Hihi, saya tak mahu lah bebel panjang-panjang, nanti bosan je Cik Jah nak baca ye. Disini ada pesanan kepada sesiapa yang memandu sendiri tu, tak kiralah apa jenis kenderaan pun ye. Utamakan keselamatan diri kita ye, ingatlah orang yang tersayang. Pandulah dengan berhati-hati.

Sampai jumpa lagi.
Copyright© All Rights Reserved D'Zarrabizzshop.blogspot.com