Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Resepi mudah dan ringkas untuk sarapan pagi

Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.

ni sarapan pagi tadi


cili capsicum


Hari ni saya nak kongsi resepi ringkas untuk sarapan pagi. Ini yang sempat saya sediakan pagi tadi. Abaikan, bentuk yang kurang menarik tu ye.hehe.

Roti Bakar BersamaTelur 


Bahan-bahan;


Beberapa keping roti ( suka hati ye nak banyak mana)
Sebiji telur
Mentega
Cili Capsicum
Serbuk lada sulah
Secubit garam halus
Kuali


Cara membuatnya;

1. Panaskan kuali.

2
. Masukkan sedikit mentega untuk bakar roti tadi. Dah kekuningan angkat letak dalam pinggan.

3. Potong cili capsicum bentuk bulat.

4. Letakkan sedikit mentega dalam kuali panas.

5. Letak cili capsicum, pecahkan telur tadi ke dalamnya.

6. Taburkan sedikit serbuk lada sulah, garam.

7. Tunggu telur separuh masak.

8. Siap, sarapan pagi anda.

Nak lagi sedap?

* Roti boleh juga disapu kaya / mayonis / mentega kacang.hehe, lagi sedap nanti.

* Masa yang diambil? 5 minit sudah siap sedia dan boleh dimakan. yummy..yummmy..




Menjinakkan Hati Ikhlas Bersedekah




Bismillah.

Alhamdulillah. Cuaca petang yang redup dan mendamaikan.

Hari ni nak kongsikan entri tentang kebaikan bersedekah. Semoga apa yang dikongsikan memberi manfaat untuk diriku dan kalian yang singgah disini.

Percaya kepada janji Allah melapangkan rezeki kepada golongan pemurah.

Allah SWT berjanji kepada hamba-Nya yang bersedekah bahawa amalan itu tidak akan menyebabkan rezeki menjadi kurang, bahkan akan bertambah mengikut apa yang tertulis di Luh Mahfuz.
Pertambahan rezeki itu datang atau turun kepada kita dalam pelbagai bentuk dan cara. Samada kita sedari atau tidak mengikut ketetapan-Nya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: 
“Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya). Dan barang apa saja yang kamu menafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.” 
(Surah Saba’, ayat 39)   

Allah SWT berjanji menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai mengandungi 100 biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)

Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya). Dan barang apa saja yang kamu menafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.” (Surah Saba’, ayat 39)
 

 
Secara logik, pasti kita akan berfikir bagaimana harta yang kita keluarkan untuk sedekah tidak akan berkurangan. Selain itu, amalan bersedekah sebenarnya akan berfungsi sebagai penolong kepada manusia selepas mereka meninggal dunia seperti dinyatakan Rasulullah SAW.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Harta tidak akan berkurangan dengan sebab sedekah. Dan Allah tidak menambah kepada seseorang hamba dengan sebab kemaafan yang diberikan (kepada orang lain) melainkan kemuliaan kepadanya dan tiada merendah diri seseorang itu melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.”

Daripada Abu Hurairah, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Apabila seorang anak Adam mati, putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak soleh yang tidak putus berdoa untuknya.” (Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Lazimnya kita memiliki sifat pemurah dalam kehidupan hari ini dan mudah bersedekah atau memberi bantuan kepada golongan memerlukan.

Hanya yang menjadi isu soal sedekah ini ialah aspek keikhlasan dalam memberikan sedekah sama ada sedikit atau banyak selain bersikap memilih hendak melaksanakan amalan sunat yang amat digalakkan ini.

Hal ini sebenarnya memang tidak dapat dielakkan memandangkan al-Quran turut menjelaskan manusia mempunyai perasan cintakan harta seperti terkandung dalam ayat ke-20, surah Fajr yang bermaksud: “Dan kamu mencintai harta dengan kecintaan yang berlebihan.”

Justeru, bagaimanakah hendak menjinakkan hati supaya mudah bersedekah dengan ikhlas terutama ketika diri sendiri juga merasakan kurang berkemampuan untuk bersedekah ke jalan Allah SWT.

Petikan kata-kata daripada Pegawai Perunding Korporat Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Abdul Hadi Kamil Mohamed Sariff.

" Perkara ini sering terjadi disebabkan manusia  tidak dapat menyaksikan ganjaran pahala bakal diperoleh daripada amalan bersedekah yang menjadikan mereka tidak memiliki semangat untuk berlumba-lumba bersedekah."

“Jika manusia dapat melihat ganjaran bersedekah, sudah pasti mereka akan berlumba-lumba melakukannya. Cuba bayangkan jika hari ini kita melabur sebanyak RM1,000 dan tiba-tiba memperoleh keuntungan sehingga RM700,000, sudah tentu ramai orang mahu bersedekah,” katanya.

Jelasnya, manusia tidak terlepas daripada bisikan syaitan yang berusaha menghalang seseorang daripada bersedekah. Bisikan syaitan boleh datang dalam pelbagai cara, akhirnya mendorong manusia menangguhkan hasrat untuk bersedekah atau berkira-kira dalam bersedekah.

“Bisikan syaitan ini juga boleh menyebabkan seseorang manusia tiba-tiba menjadi kedekut untuk bersedekah atau bersedekah dengan jumlah kecil. Inilah antara dugaan yang akan dialami seseorang manusia apabila hatinya terdetik hendak melakukan amal kebajikan seperti bersedekah,” katanya.

Katanya lagi, seperkara yang kurang diketahui manusia hari ini mengenai kelebihan bersedekah, ia antara cara dianjurkan Islam untuk menyembuhkan penyakit yang menimpa seseorang berdasarkan hadis Rasulullah SAW: “Ubatilah orang yang sakit di antara kalian dengan sedekah.”

“Amalan sedekah ini nampak remeh tetapi ia mempunyai ganjaran berganda. Sebagai manusia beriman, kita harus sedar segala yang kita miliki adalah pinjaman dan hendaklah menafkahkan sebahagian daripada harta pinjaman ini kepada orang lain yang memerlukan,” katanya.

Jom jadikan amalan sedekah satu kelaziman dalam kehidupan seharian kita. 
Saya juga pernah melalui peristiwa yang cukup terkesan dalam diri dengan kelebihan bersedekah. Walaupun jumlah sedekah saya itu tidaklah sebesar mana, namun ganjaran sebaliknya yang saya dapat cukup berganda. Syukur kepada Allah SWT.

Sebagai peringatan kepada diri sendiri. Semoga perkongsian yang sedikit ini memberi manfaat kepada kita.

Cerita Di Sebalik Cuti 1 May 2014

Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.


Em, hari ni dah boleh bekerja dalam suasana yang lebih selesa. Aircond dah kembali sejuk. Alhamdulillah. Cuaca di luar pun redup saja, buat mata terasa mengantuk pula waktu tengahari ni. Hari ni tak ada mood nak keluar makan tengahari.

Jadi, sambil rehat tengahari ni jengah sekejap kat sini. Cuci-cuci sawang ke habuk ke, hihi. Nampak sangat kan jarang menulis kat sini.

Okey. Sebenarnya nak story mory  yang hari pekerja punya cuti hari tu. Aku dan family balik kampung di Baling, Kedah kerana anak saudara lelaki yang sulung berkahwin. Balik awal untuk elak jam. Kenduri hari Ahad 4 May 2014. Tak adalah menarik mana cerita yang nak dikongsi. Tapi yang paling best hari tu, aku dapat bertemu kembali dengan rakan sekolah menengah yang hampir 22 tahun terpisah. Cikgu yang jadi warden asrama aku pun dapat jumpa juga. Alhamdulillah. 

Ni lah penangan kemajuan telekomunikasi, dengan bantuan FB, WhatsApp,dapatlah kami menjejak kasih bertemu kembali. Sesungguhnya kenangan manis waktu persekolahan bersama kalian pasti  tak akan dapat ku lupakan. Untuk cikgu, jasamu akan kukenang ke akhir hayat.

Aikk, Cik Jah dah buat muka bosan je tu baca story mory ku yang ntah apa-apa ni ye. Meh, layan jelah gambar-gambar sekitar majlis kenduri tu.


Majlis Rumah Pengantin Perempuan  

 Hantaran kedua belah pihak

 Arif yang merajuk kerana terganggu tidurnya...

Candid  ntah apa-apa

Candid  ntah apa-apa

 Keluarga besar abang sulungku...



 Majlis Rumah Pengantin Lelaki


Pelamin bertema biru pihak lelaki

 Raja Sehari baru sampai

Pose sebelum majlis bermula

Sessi menjejak kasih dengan rakan sekolah


Cik Waty
 

 Cik Fidah

Dengan Cikgu Sobri 


Zahraa yang sibuk nak berposing juga

 
Emm, dah habis dah Cik Jah. Jangan bosan-bosan noo.

Dugaan Bersauna Di Pejabat

Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.

  

Alhamdulillah. Hari ni baru berkesempatan menjengah ke blog ku ini. Banyak tugasan yang perlu diselesaikan dalam minggu ni. Cabaran pula dengan suasana pejabat yang berpanasan sejak dari hari Isnin lagi. 

Aduh, betul-betul mencabar kesabaran ni. Hihi, aircond pejabat rosak maka terpaksa lah siapkan tugas dalam suasana seperti bersauna saja. Nasib hari ni bos dah panggil orang repair. Harap-harap cepatlah siap ye. 

Cuaca diluar pun redup, itu juga membantu mengurangkan rasa berbahang didalam pejabat. Nasib lah tak ada keluar bau yang pelik-pelik kan.

 


 
Copyright© All Rights Reserved D'Zarrabizzshop.blogspot.com