Cara Untuk Kesan (Detect) Kamera CCTV Tersembunyi
![]( http://1.bp.blogspot.com/-MR1mep-eX2o/Tkn2yVcmr8I/AAAAAAAABnQ/ika3tMk8128/s1600/ciknurfarah4.png)
Kaum hawa mesti baca..
Khas Untuk Perempuan Kali ni nak share tips untuk kesan CCTV tanpa wayar (wireless) yang tersembunyi terutamanya dalam tandas perempuan. Sekarang ni semakin berleluasa kes orang pasang CCTV tersembunyi di dalam tandas. Kebaikan CCTV ni sudah tentulah untuk memantau sebarang perkara yang tidak bagus tapi telah disalahgunakan oleh pihak tak bertanggungjawab dengan pasang di tempat yang tak sepatutnya. Dapat tips ni dari Pegawai Forensik bahagian video and audio, jadi ianya boleh dipercayai 99.9%.
Cara untuk kesan CCTV tersembunyi ni. Korang just follow up step di bawah;
1) Sebelum masuk tandas. Sila bawak handphone yang ada aplikasi bluetooth.
2) Turn ON bluetooth dan search devices yang ada. Kalau korang tak reti nak cari devices macam mana, korang buat-buat la nak send gambar atau lagu. Kemudian korang tekan via bluetooth, pastu boleh nampak devices yang ada.
3) Kalau jumpa devices yang namanya “WDX 2201, CAM 122? atau apa-apa nama yang korang rasa sangat pelik bunyinya. Sebaiknya batalkan hajat korang tue je kerana berkemungkinan besar terdapat wireless CCTV. Kenapa mesti kesan guna bluetooth handphone??...Sebabnya CCTV yang dipasang ialah jenis tanpa wayar yang digunakan secara ber’bluetooth’ seperti kes nasha aziz dulu tue. Yang manual dah tentu akan nampak wayar -wayar yang berselerak. Senang la orang boleh kesan dan terbantutlah projek jahat diorang.
SHARE untuk keselamatan kaum hawa...
Selamat Datang 2014
![]( http://1.bp.blogspot.com/-MR1mep-eX2o/Tkn2yVcmr8I/AAAAAAAABnQ/ika3tMk8128/s1600/ciknurfarah4.png)
2014
Esok saja 2014 bakal menjelang.
Apa perancangan kawan semua ?
Apa yang dirancang untuk tahun 2013 dah buat? Segala azam 2013 dah tercapai?
Apa yang saya mahu untuk 2013 telah saya capai. Alhamdulillah. Semuanya dengan izin Allah.
Walau hebat mana pun usaha kita, walau bijak mana pun kita merancang, kalau Allah belum izinkan kita dapat apa yang dihajati, maka belumlah jawabnya.
Berusaha hak kita, hasil daripada usaha hak Allah!
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh6X9QADtNkbbvYb7wl3K9a84eeq8_B23rcaIhms28k8RSWQitpuHacy7mc1iIwIb9lUUIyq7sq-D46PWjYdXdXSrISNwLxZdktoeHmXc26tMTqvGRoi7vDsdYIB9asHMXLfjd8WYbtXfU/s1600/NEW+YEAR.jpeg)
SEKETUL KEJU DAN SEHELAI TUALA KECIL
![]( http://1.bp.blogspot.com/-MR1mep-eX2o/Tkn2yVcmr8I/AAAAAAAABnQ/ika3tMk8128/s1600/ciknurfarah4.png)
"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"
Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.
"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."
Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.
Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.
"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu
rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?
Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.
Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.
Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.
Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.
Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.
Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.
Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.
Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah- mudahan segala dosanya terampun.
INSYAALLAH"
"WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA..."
oleh: Ustazah Noorbayah Mahmood.
Jenis Kereta Mengikut Peringkat Umur
![]( http://1.bp.blogspot.com/-MR1mep-eX2o/Tkn2yVcmr8I/AAAAAAAABnQ/ika3tMk8128/s1600/ciknurfarah4.png)
Peringkat 1 (4 bulan hingga 9 bulan - mengikut kesesuaian)
Peringkat 2 (9 bulan hingga 3 tahun mengikut jumlah pengisian )
Peringkat 3 (3 tahun hingga 7 tahun mengikut kehendak)
Peringkat 4 (7 tahun hingga 12 tahun mengikut kemahuan)
Peringkat 5 (12 tahun hingga 19 tahun mengikut kemampuan)
Peringkat 6 ( 19 tahun hingga 50 tahun mengikut ketebalan poket)
Peringkat 7 (50 tahun ke atas mengikut keperluan)
Peringkat akhir.....pabila tiba masanya
“Sesiapa
yang mengajak ke jalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala
(sebanyak pahala) pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala
mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak
dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun.” (Diriwayatkan
oleh Imam Muslim)
Terima kasih Ayah
![]( http://1.bp.blogspot.com/-MR1mep-eX2o/Tkn2yVcmr8I/AAAAAAAABnQ/ika3tMk8128/s1600/ciknurfarah4.png)
Expand/Collap
|
Ketika memulakan kerja
![]( http://1.bp.blogspot.com/-MR1mep-eX2o/Tkn2yVcmr8I/AAAAAAAABnQ/ika3tMk8128/s1600/ciknurfarah4.png)
Sekadar ingin berkongsi & semoga menjadi amalan dalam kehidupan seharian kita..
Keberkatan Surah Al-Ikhlas
Bacalah
ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini
akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di
sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Keberkatan Surah Al-Ikhlas
Ketika Memulakan
Kerja
HIDUP ini sukar untuk di DUGA
![]( http://1.bp.blogspot.com/-MR1mep-eX2o/Tkn2yVcmr8I/AAAAAAAABnQ/ika3tMk8128/s1600/ciknurfarah4.png)
Lamanya rasa tak update blog nie...agak sibuk dengan urusan harian dan tugasan kerja,sehingga tinggalkan blog nie dah bersawang...terima kasih pada yang masih sudi singgah di blog nie..
HIDUP ini sukar untuk di DUGA :
✿ Kadangkala kita rasa DEKAT dgn seseorang itu , tapi sebenarnya JAUH .
✿ Walaupun kita dapat BERSAMA dia , belum tentu HATI dia dapat kita SELAMI .
✿ Mungkin kita boleh buat dia KETAWA ,tapi kita tidak tahu apa makna SENYUMANNYA .
✿ Bila dia menangis kita rasa kita dapat MEMUJUKNYA, walhal kehadiran kita langsung TAK DISEDARI .
✿Kadang kita rasa JAUH dgn seseorang, tp sebenarnya DEKAT.
✿Walau kita jarang menyapa, tp HATI sering MENGINGATI dan MERINDUI,
ITULAH KEAJAIBAN HATI,
SERING MENGHUBUNG
ANTARA INSAN2 YANG SALING
SAYANG MENYANYANGI KERANA ALLAH ...
#Kita tidak akan tahu
siapa KAWAN dan
siapa LAWAN .
Sehingga sampai saat
kita JATUH TERSUNGKUR . .
Adakah tangan DIHULURKAN
atau DITINGGALKAN ?
HIDUP ini sukar untuk di DUGA :
✿ Kadangkala kita rasa DEKAT dgn seseorang itu , tapi sebenarnya JAUH .
✿ Walaupun kita dapat BERSAMA dia , belum tentu HATI dia dapat kita SELAMI .
✿ Mungkin kita boleh buat dia KETAWA ,tapi kita tidak tahu apa makna SENYUMANNYA .
✿ Bila dia menangis kita rasa kita dapat MEMUJUKNYA, walhal kehadiran kita langsung TAK DISEDARI .
✿Kadang kita rasa JAUH dgn seseorang, tp sebenarnya DEKAT.
✿Walau kita jarang menyapa, tp HATI sering MENGINGATI dan MERINDUI,
ITULAH KEAJAIBAN HATI,
SERING MENGHUBUNG
ANTARA INSAN2 YANG SALING
SAYANG MENYANYANGI KERANA ALLAH ...
#Kita tidak akan tahu
siapa KAWAN dan
siapa LAWAN .
Sehingga sampai saat
kita JATUH TERSUNGKUR . .
Adakah tangan DIHULURKAN
atau DITINGGALKAN ?