Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEKNIK "CAKAR HARIMAU" BUAT SUAMI



Bila sebut pasal "Cakar Harimau" nie, ramai la yang tersipu-sipu malu terutama sekali kaum wanita la. Sebab ape? Emm..Sebab diorang yang akan buat kat suami masing-masing (takkan kat suami orang plak ye tak?). Kalau si suami nak buat kat Isteri pun no problem...boleh jek...

Untuk yang belum kahwin tu, baca jek dulu eh nanti bila dah nikah boleh lah praktis masa malam pertama. Ok, kita mulakan kelas.



 Teknik Cakar Harimau
   
    1) Langkah pertama
 - Dalam urutan cakaran harimau ialah seseorang isteri perlu mengurut tengkuk suami mereka dengan    penuh kasih sayang memandangkan bahagian itu terdapat banyak urat tegang yang perlu diuraikan.

    2) Langkah kedua
    - mengurut pada bahagian bahu hingga ke lengan dan diikuti...

    3) Langkah ketiga
    - dengan membuat `jemput-jemput’ pada bahagian tulang belikat.

    4) Langkah keempat & 5) Langkah kelima
    - merupakan sentuhan yang cukup penting dan perlu kreatif dan ia dimulai dengan `cakaran harimau’ – menggunakan kuku yang telah dipotong bermula dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang.

    Cakaran itu hendaklah diselang-selikan dengan urutan labah-labah, bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk. Perlu diingat cakaran itu hendaklah berupa cakaran manja dan dilakukan dengan penuh kasih sayang,”.

    6) Langkah enam
    - Dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan dan kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan suami dari atas hingga ke pinggang.

    7) Langkah ketujuh    - sebenarnya merupakan satu `bonus’ tambahan di mana setelah diurut, suami berasa tenang dan seronok.

    8) Langkah 8
    - Selepas itu, bisikan kalimah sayang ke telinga suami seperti "I  LOVE  U"...dan bermanja lah dengan suami..eh..

 So,harap dapat lah manfaatkan ilmu daripada perkongsian nie ye..kalau yang dah kahwin tu, malam nie boleh lah apply eh..tak payah nak malu-malu dengan suami sendiri...
Time bahagia nie la nak buat. Nanti kalau dah gaduh gitu-gini, korang buat cakar harimau, memang kene cakar beruang pulak la dengan suami tu nanti...hehe...







 Sumber dari Utusan Malaysia





No comments:

Copyright© All Rights Reserved D'Zarrabizzshop.blogspot.com