Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tips Anak Bijak guna Otak Kanan

Mengikut kajian di Jepun menunjukkan melatih anak menggunakan otak kanan untuk berfikir adalah lebih efektif melahirkan anak bijak berbanding otak sebelah kiri..Selama nie main ajar je anak-anak..so sekarang kena seimbangkan penggunaan otak kiri dan otak kanan.
Emm...ok, entri kali ni saya nak berkongsi dengan u all apa yang saya dah baca tentang Tips Anak Bijak guna Otak Kanan.. Bolehlah kita sama2 mempraktikkannya.. (",)




1. Ketika anak2 kita tengah tidur2 ayam, kita bercakaplah dengan mereka dengan sepenuh hati & sejujurnya bahawa kita amat2 menyayanginya.. Contohnya.. "zahraa.. mama terlalu sayangkan zahraa.. kasih sayang mama terhadap zahraa tiada tandingannya.. semog zahraa  membesar sebagai anak yang baik, bijak, solehah & taat pada perintah Allah"... Untuk pengetahuan u all, ketika anak2 kita tidur2 ayam, OTAK KANAN SEDANG BEKERJA MANAKALA OTAK KIRI DAH PUN TIDUR dengan lenanya... (",).. saya ada juga buat macam nie....


2. Guna flash card sebagai bahan untuk mengajar anak kita.. TAPI TUNJUK LAJU2 tau.. supaya otak kanan anak kita tu bekerja keras untuk menangkap apa yang kita tunjuk... Alaaa flash card ni, kalau kita tak nak beli, buat sendiri pun boleh.. Kita tulis je perkataan2 pendek or ABC or 1 2 3 or gambar2 & sebagainya..


3. Ajar anak2 kita bermain tanah liat, cat air, melukis, gunting kertas & sebagainya kerana GERAK KERJA TANGAN adalah HASIL DARI OTAK KANAN. Sebenarnya kita boleh jugak menguji otak kanan anak2 kita ni.. contohnya, u all lukis gambar rama2 sebelah je, sebelah lagi suruh anak u all yang lukis (",)...aktiviti macam nie juga akan membuatkan anak kita rasa di sayangi selalu...


4. Kita jangan marah or tengking anak2 kita. Ini kerana mereka akan simpan apa yang kita marah tadi pada otak kiri. Tapi kalau kita dah terlanjur, kita minta maaf pada mereka. & kita buatlah yang no 1 dekat atas tu... bercakap dengan anak2 ketika mereka tidur2 ayam.. contohnya "Zahraa.. mama mintak maaf ye sebab mama tengking zahraa tadi.. mama sayangkan zahraa.. mama nak zahraa jadi anak yang baik..".. Hmm.. yang ni saya pernah termarah zahraa sekali.. lepas tu mulalah bercakap dengan dia ketika tidur2 ayam tu.. siap mengalir air mata penyesalan.. cewahhh... hihii


5. Lagi satu, cuba kita bercerita sesuatu dengan anak2 kita TAPI kita JANGAN HABISKAN CERITA TU.. suruh anak2 kita pulak yang sambung... tak kisahlah walaupun mereka merapu... hahahaa..tak kisah lah bahasa ape yang akan keluar nanti...hihi...


6. Kita jugak boleh bermain teka-teki dengan anak2.. Antaranya, kita boleh masukkan barang dalam kotak dan suruh mereka teka, atau suruh mereka cari benda tersembunyi misalnya ketika di atas katil, kita minta mereka mencari gambar yang ada pada cadar mereka, gambar, poster atau apa-apa sahaja yang kita gantung pada dinding.


7. Last sekali, kita ganti perkataan jangan dengan perkataan tolong. Contohnya "Zahraa, tolong diam.." berbanding "Zahraa, jangan bising".. SEBABNYA, BILA KITA SEBUT JANGAN, ITULAH YANG ANAK2 KITA SUKA SANGAT BUAT.. So sama-sama lah kita cuba praktikkan ye...

kata-kata yang keluar dari mulut ibu juga merupakan suatu doa...so berjaga-jaga lah kita dalam berkata-kata.

No comments:

Copyright© All Rights Reserved D'Zarrabizzshop.blogspot.com