Bismillah.
Em, hari ni dah boleh bekerja dalam suasana yang lebih selesa. Aircond dah kembali sejuk. Alhamdulillah. Cuaca di luar pun redup saja, buat mata terasa mengantuk pula waktu tengahari ni. Hari ni tak ada mood nak keluar makan tengahari.
Jadi, sambil rehat tengahari ni jengah sekejap kat sini. Cuci-cuci sawang ke habuk ke, hihi. Nampak sangat kan jarang menulis kat sini.
Okey. Sebenarnya nak story mory yang hari pekerja punya cuti hari tu. Aku dan family balik kampung di Baling, Kedah kerana anak saudara lelaki yang sulung berkahwin. Balik awal untuk elak jam. Kenduri hari Ahad 4 May 2014. Tak adalah menarik mana cerita yang nak dikongsi. Tapi yang paling best hari tu, aku dapat bertemu kembali dengan rakan sekolah menengah yang hampir 22 tahun terpisah. Cikgu yang jadi warden asrama aku pun dapat jumpa juga. Alhamdulillah.
Ni lah penangan kemajuan telekomunikasi, dengan bantuan FB, WhatsApp,dapatlah kami menjejak kasih bertemu kembali. Sesungguhnya kenangan manis waktu persekolahan bersama kalian pasti tak akan dapat ku lupakan. Untuk cikgu, jasamu akan kukenang ke akhir hayat.
Aikk, Cik Jah dah buat muka bosan je tu baca story mory ku yang ntah apa-apa ni ye. Meh, layan jelah gambar-gambar sekitar majlis kenduri tu.
Majlis Rumah Pengantin Perempuan
Hantaran kedua belah pihak
Arif yang merajuk kerana terganggu tidurnya...
Candid ntah apa-apa
Candid ntah apa-apa
Keluarga besar abang sulungku...
Majlis Rumah Pengantin Lelaki
Pelamin bertema biru pihak lelaki
Raja Sehari baru sampai
Pose sebelum majlis bermula
Sessi menjejak kasih dengan rakan sekolah
Cik Waty
Cik Fidah
Dengan Cikgu Sobri
Zahraa yang sibuk nak berposing juga
Emm, dah habis dah Cik Jah. Jangan bosan-bosan noo.
No comments: