Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MEMBELI HATI SUAMI










Emm...tengok tajuk membeli hati suami? Erkk...kenapa nak kena beli hati suami pula nie...bukan ker dia dah jadi suami kita..mengapa mesti nak jual beli pula nie???Sebetulnya bagaimana caranya nak pikat hati suami tu terus jek sayang kita...

Bagaimana caranya kita nak memikat hati suami agar terus menyayangi dan setia pada kita seorang..Apakah perlu gunakan cara yang bertentangan dengan agama untuk menundukkan suami yang dicintai? Jangan tak percaya, dalam dunia serba moden ini, masih ada orang yang mahu memperjudikan nasib diri terhadap perkara-perkara dilarang ini. Pergi jumpa bomoh sana-sini bagi mendapatkan 'ubat guna-guna' itu untuk membuatkan suaminya hanya mendengar arahan dia sahaja..sayang dia sahaja...

Sejauh mana kita dapat menentukan perkara-perkara khurafat itu mampu membeli kasih sayang seorang suami.Kasih seperti itu bagi saya pastinya tidak ikhlas..Bukan hanya pada yang memberikan kasih sayang, yang menerimanya juga tidak ikhlas kerana ia dibuat secara 'paksa'. Kenapa saya berkata begini, kerana saya sendiri telah pernah melalui situasi ini. Peritnya hanya Allah maha mengetahui...tapi bila kita redha dan sabar..banyak hikmah yang akan kita dapat..

Sebetulnya, membeli hati seorang suami adalah dengan hati juga.Ermm...macamana pula tu...Sekiranya kita mampu menundukkan hatinya dengan kasih sayang yang jujur, kebahagiaan itu bukan sahaja dapat kita kecapi didunia ini tetapi akan membawa terus ke akhirat kelak. So, pada wanita  yang bergelar isteri yang mencari ikhtiar lain dalam merebut kasih sayang suami, harus memikirkan semula adakah tindakan 'mengguna-gunakan' suami sebagai tindakan yang betul?

Ada pelbagai cara dan usaha boleh kita buat dalam memenagi hati suami sendiri tanpa berharap pada ilmu yang salah itu. Dalam kitab Allah terlalu banyak panduan telah diberikan untuk diamalkan oleh hamba-Nya. Rasulullah SAW sendiri mengajar kita bagaimana mahu memupuk kasih sayang bersama pasangan di alam rumah tangga.

Suami juga manusia biasa, ada segala kelebihan dan kelemahan. Menerima kelebihan dan kelemahan suami, akan membuatkan kita muhasabah diri sendiri, bahawa kita juga tidak sempurna sebagai seorang isteri. Jadi sebaik-baiknya kita saling bertolak ansur, tegur menegur dalam mengeratkan kasih sayang bersama pasangan.

Seorang suami pula jangan terlalu mengikut perasaan ego sehingga isteri tidak tertahan dengan tingkah laku anda. Rasa tertekan dan kecewa itulah kadangkala menjadi punca seorang isteri bertindak di luar kebiasaannya.Suami adalah pembimbing dan pelindung bagi seorang isteri. Dia akan ditanya di akhirat kelak, jika gagal melaksanakan tanggungjawab penting ini. Jangan belitkan isteri dengan derita sedangkan di hadapan tok kadi dulu berjanji untuk menjaga dan melindunginya.

Dalam rumahtangga, apa yang penting? Kerjasama...hehe..dah macam kartun wonderpet pula..masing-masing perlu menjaga hati..kerana kejayaan menjaga hati adalah punca penyelesai banyak masalah, baik di dunia mahupun akhirat.Semoga kita mendapat manfaat apa yang dikongsi dalam melayari kehidupan rumahtangga.




No comments:

Copyright© All Rights Reserved D'Zarrabizzshop.blogspot.com