Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAWAN DI KALANGAN KANAK-KANAK



Anak kita boleh menghidap sawan kerana ia satu perkara yang sering berlaku di kalangan kanak-kanak.
Adat hidup di dunia, ada senang, ada susah. Ada sihat, ada sakit.So, beringatlah kita semua 5 perkara sebelum 5...
 
Apakah Penyakit Demam Sawan?

Ia adalah serangan sawan yang dicetuskan oleh demam yang tinggi suhunya pada kanak-kanak berumur antara 6 bulan hingga 5 tahun.

Apa itu sawan?

Sawan adalah keadaan di mana kanak-kanak tidak sedarkan diri dan biasanya diikuti oleh kekejangan atau penyentakan kaki dan tangan.



Apakah yang perlu dilakukan jika anak anda mengalami sawan?

* Jangan panik atau menangis.

* Miringkan kepala anak anda ke kiri atau ke kanan dan pastikan kepala pada paras yang sama atau lebih rendah daripada badan untuk mengelakkan muntah.

* Catatkan masa dan tempoh berlakunya sawan.

* Jangan beri minum air atau ubat ketika anak sawan.

* Jangan sekali-kali  memaksa masukkan barang seperti jejari, kain atau sudu jika anak anda mengetap giginya.

* Jangan menumbuk atau mencederakan anak anda jika ia tidak sedarkan diri.

* Jangan menyelimuti anak anda dengan selimut yang tebal. Ini hanya akan menaikkan suhu badan anak anda

* Bawa anak anda ke klinik berhampiran jika sawan nya tidak berhenti.Biasanya  doktor akan masukkan rectal diazepam 5-10mg untuk mengelakkan nya daripada berulang atau sawan yang berpanjangan.

* Masuk ke wad sekiranya perlu.

Apakah Masalah Yang Akan Berlaku Kepada Anak Yang Demam Sawan?

Mengikut 2 kajian, mereka yang terkena demam sawan tidak akan mengalami masalah apa-apa dan akan membesar seperti kanak-kanak normal. Di dalam satu kajian di antara sawan demam biasa dan sawan demam kompleks, mereka yang mengalami sawan demam biasa dan sawan demam kompleks juga tidak menunjukkan apa-apa perbezaan di dalam pembelajaran.

Malah, ada satu kajian yang menyatakan mereka yang mengalami kes demam sawan mempunyai akedemik yang lebih cemerlang daripada kanak-kanak normal!!

Huhuh!! Boleh jadi kontroversi ayat nie..nanti ramai pulak ibu bapa kat Malaysia nie yang nak anak mereka sawan demam...hehe...

Semoga dapat manfaat ilmu daripada perkongsian nie.Sumber laman web Doktor dan Anda.
Ilmu yang sedikit dikongsi bersama semoga mendapat berkat...


No comments:

Copyright© All Rights Reserved D'Zarrabizzshop.blogspot.com