Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita Hari Ini

Assalamualaikum w.b.t



Alhamdulillah. Hari yang cerah dan terang hari ni. Ada yang masih lepak-lepak minum kopi panas sambil cuci mata tengok orang lalu lalang ke. Cik Jah pulak jangan lah dok bergosip-gosip je ye tepi tingkap tu, nanti sampai terlupa nak siapkan kerja rumah tu. Dah nak menginjak tengahari dah ni.

Pejam celik, pejam celik jangan sampai pejam tak celik-celik ye,hihi itu dah jadi lain. Dah pun nak sampai bulan Mei dah. Apasal dengan bulan Mei, apa yang istimewa pula bulan Mei ni? Pasti ada yang akan sambut anak baru, menantu baru, cucu baru, mama baru, suami baru. Opps, macam-macam lah ye yang baru. Saya pula nak dapat anak sedara baru.

Bulan Mei ni ada 2 perkara istimewa bagi kita untuk ditanda di kalender. Iaitu sambutan Hari Ibu dan Hari Pekerja. Pasti ada yang sedari awal lagi sudah membuat perancangan untuk sambutan, samada hari pekerja atau hari ibu.

Bagi saya Hari Ibu adalah hari istimewa untuk kita meraikan ibu yang selama ini bersusah payah menjaga,mendidik kita. Bagi yang berkemampuan pasti akan memberi pelbagai bentuk hadiah yang mahal untuk menyatakan rasa terima kasih kepada ibu kita. 

Bagi saya sendiri yang tinggal berjauhan dari mak, akan menghantar hadiah secara pos serta menelefon mak dan mengucapkan rasa sayang padanya. Bukan lah hari-hari lain tak sayang, akan tetapi ucapan pada hari itu pasti lah lebih istimewa sikit ye. Untuk saya sendiri sebagai ibu, setiap tahun pasti ada kad ucapan yang dihasilkan sendiri oleh anak-anak untuk saya. Itu sudah cukup membuatkan saya rasa terharu atas ingatan dan usaha mereka. Untuk mak mertua pula, kami berkongsi adik beradik membelikan kek dan hadiah untuknya.

Apapun cara kita, hargailah ibu kita selagi dia masih ada. Dan jika sudah tiada, panjatkan lah doa pada Allah agar roh mereka tenang dan aman disana.

Sampai jumpa lagi.

2 comments:

faizal mohamad twon tawi said...[Reply to comment]

memang benar sekali...siapalah kita tanpa mereka

Unknown said...[Reply to comment]

ya betul tu..hargailah jasa insan bergelar ibu yang melahirkan kita ke dunia ini.

Copyright© All Rights Reserved D'Zarrabizzshop.blogspot.com