Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Epal Sesuai Untuk Wanita Sibuk


Bismillah. Alhamdulillah.
Kali ni saya nak kongsi kebaikan yang terdapat pada sebiji epal untuk kesihatan kita. Buah yang kaya dengan nutrisi dan sesuai dijadikan pelbagai sajian hidangan. 

Pasti kita semua kenalkan buah epal. Hatta kanak-kanak kecil pun suka makan buah epal yang rasanya manis. Saya sendiri suka makan epal yang dicampur bersama yogurt segar sebagai dessert.

Kenapa epal sesuai bagi kita golongan wanita yang sibuk?

Kesibukan kita sebagai suri bekerjaya yang perlu mengimbangi keperluan antara keluarga dan kerjaya, menjadikan kita lebih menggemari makanan segera sebagai hidangan di rumah. Ini kerana kita kesuntukan masa menyediakan masakan sendiri. Em, pasti kita semua pernah melalui situasi begini kan.

Kekerapan kita mengambil makanan segera sebenarnya tidak bagus untuk kesihatan diri kerana secara tidak langsung kita mengabaikan nutrisi penting untuk kesejahteraan diri dan seisi keluarga. Keadaan ini perlu diubah kerana pakar mendapati, kebanyakan penyakit dikatakan berpunca daripada amalan pemakanan dan pengabaian gaya hidup sihat.

Pakar perunding pemakanan, Indra Balaratnam, berkata peredaran zaman menjadikan masyarakat kurang peka terhadap pengambilan makanan berkhasiat disebabkan kesibukan yang terlalu sibuk.

Indra menyarankan, untuk menjadi sihat dan mendapatkan nutrisi penuh, kita hanya perlu memakan epal setiap hari kerana ia buah yang kaya antioksidan dan hidangannya boleh dipelbagaikan.

“Epal sesuai untuk wanita yang sentiasa sibuk kerana keseimbangan nutrisi yang terkandung dalam buah ini. Ini kerana epal boleh dimakan begitu saja selain boleh dicampur dengan buah-buahan lain atau dijadikan pai,” katanya ketika berkongsi khasiat epal bertemakan, ‘Apple of My Eye’, anjuran Suruhanjaya Epal Washington di Hotel Aloff di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tegas Indra, nutrisi sihat yang ada pada epal akan memberi kesan positif kepada kesihatan dan kesejahteraan diri, di samping kandungan antioksidan semula jadi yang mampu memberikan awet muda, ceria cantik serta mengurangkan risiko penyakit berkaitan usus dan jantung.


Jadi kepada wanita yang ingin awet muda, ceria cantik dan yang penting mengurangkan risiko penyakit berkaitan usus dan jantung, ayuh kita ubah gaya hidup ke arah lebih sihat mulai hari ini. Jadikan epal sebagai  buahan wajib yang perlu ada dalam peti sejuk dirumah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita. Ilmu yang baik sebar-sebarkan.
Sampai jumpa lagi.


No comments:

Copyright© All Rights Reserved D'Zarrabizzshop.blogspot.com