Assalamualaikum...
Esok adalah cuti umum bersempena Maulidur Rasul ...Salawat dan salam buat junjungan Nabi kita SAW Bagi umat Islam semua ini adalah hari untuk mengingati lahirnya junjungan besar Nabi Muhammad SAW kekasih Allah yang dikasihi...
Moga2 kita semua mendapat keberkatan dalam menyambutnya...
Allah SWT telah mengutuskan Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh-Nya untuk membimbing dan menyampaikan wahyu Ilahi kepada umat manusia. Antara ciri-ciri keistimewaan Rasulullah SAW berbanding nabi dan rasul terdahulu ialah Baginda diutuskan sebagai rahmat untuk sekalian alam.
"Sesiapa yang taat kepada Rasulullah SAW, maka sesungguhnya dia telah taat kepada Allah.” Surah al-Nisa’(ayat 80)
Rasulullah SAW bersabda: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara jika kamu berpegang teguh padanya, kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya; iaitu Kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya.” (Riwayat Imam Malik)
No comments: