Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Petua hilangkan bau durian-Kasih Zaraa

Hi semua...

Petua hilangkan bau durian

Sekarang nie kan tengah musim durian...lalu jek pasti akan nampak orang jual di pasar malam ker, di tepi-tepi jalan ker...Walaupun harga durian kat KL nie mahal..tapi kalu dah suka tu..mesti beli gak kan...hehe.
Banyak gak petua yang dapat bila `research' di internet nie...Jom kongsi sama-sama..
Ader beberapa kaedah untuk membuang bau-bauan nie..

* Kaedah Pertama

Letakkan semangkuk cuka di dalam kawasan yang berbau kurang enak(eg. kerta / bilik). Cuka akan bertindak menyerap bauan yang kurang enak tersebut.

* Kaedah Kedua

 Letakkan arang di kawasan yang berbau kurang enak. Arang akan menyrap kesemua bau-bauan tersebut.

* Kaedah  Ketiga

Letakkan semangkuk serbuk penaik(Baking Soda) di dalam kawasan yang berbau kurang enak (eg. kereta / bilik). Serbuk penaik akan menyerap bauan tersebut.

Sekiranya bauan tersebut melekat pada karpet,anda boleh menabur serbuk penaik tersebut di atas karpet anda.Biarkan serbuk penaik dalam masa 30 minit. Kemudian,anda bolehlah vakum serbuk penaik tersebut. Boleh gak digunakan untuk menghilangkan bauan dari kerusi kereta,tilam dan sofa..

* Kaedah Keempat

Letakkan beberapa keping roti sandwich di dalam kawasan yang berbau kurang enak ..Biar jek beberapa hari kat situ...Pasti bauan tersebut akan hilang di resap kedalam roti tersebut.

* Kaedah Kelima

Beli Febreze dan sembur jek la...Huhu..ini pun memang berkesan gak..


Sekian la sudah...semoga ader manfaatnya...



No comments:

Copyright© All Rights Reserved D'Zarrabizzshop.blogspot.com